BIDALAN

  1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak[jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]
  2. Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]
  3. Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]
  4. Berbual di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]
  5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu]
  6. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak]
  7. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap]
  8. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian]
  9. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]
  10. Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]
  11. Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar]
  12. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati [Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia]
  13. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]
  14. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil [Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah]
  15. Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
  16. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat]
  17. Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]
  18. Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]
  19. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana membuat kejahatan]
  20. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]
  21. Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]
  22. Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
  23. Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak]
  24. Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik  sahaja]
  25. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]
  26. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]
  27. Cicir dipungut, hilang dicari [Jangan melakukan pembaziran]
  28. Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung]
  29. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]
  30. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]
  31. Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya]
  32. Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang]
  33. Genggam bara api biar sampai jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya]
  34. Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan]
  35. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]
  36. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat]
  37. Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yangc sudah biasa tidak berbekas kepada kita]
  38. Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta]
  39. alan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing]
  40. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan]
  41. Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]
  42. Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orang lain]
  43. Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]
  44. Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]
  45. Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]
  46. Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]
  47. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]
  48. Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat]
  49. Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]
  50. Jangan punting berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan diungkit-ungkitkan lagi]
  51. Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]
  52. Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]
  53. Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan]
  54. Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan]
  55. Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik]
  56. Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya]
  57. Mamah dulu baru telan [Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya]
  58. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]
  59. Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke negara asing, hendaklah melakukan perkara yang berguna dan tidak membuang masa begitu sahaja]
  60. Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba]
  61. Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang kita berjimat cermat]
  62. Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita]
  63. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang [Cita-cita tidak akan tercapai jika malas berusaha]
  64. Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]
  65. Sarang tebuan jangan dijolok [Jangan sengaja mencari kesusahan]
  66. Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]
  67. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan]
  68. Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan]
  69. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaan]
  70. Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan denga pendapatan]
  71. Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang]
  72. Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan]
  73. Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur]
  74. Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya]
  75. Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga[Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya]
  76. Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan adil]
  77. Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang [Jangan hina orang kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita]
  78. Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan]
  79. Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana]
  80. Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi [Membuat kerja biarlah sempurna jadinya]

PEPATAH

  1. Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya]
  2. Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]
  3. Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]
  4. Ada gula adalah semut [Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul]
  5. Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat]
  6. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan sempurna jika cukup upahnya]
  7. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang baik juga]
  8. Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]
  9. Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]
  10. Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja]
  11. Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang yang boros akan berbalanja tanpa perhitungan]
  12. Air pun ada pasang surutnya [Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala susah]
  13. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya [Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut]
  14. Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan]
  15. Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak mendapat kerugian]
  16. Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan lama]
  17. Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]
  18. Alang-alang berminyak biar licin [Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai]
  19. Alang-alang mandi biar basah/ Alang-alang berminyak biar licin [Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai]
  20. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan [Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya]
  21. Anjing bercawat ekor [Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya]
  22. Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga [Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat, sekali sekala teringat akan perbuatan jahatnya itu]
  23. Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong]
  24. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis [Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu akan menghadapi kesukaran]
  25. Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada [Cukup mempunyai segala yang diperlukan]
  26. Aur ditanam betung tumbuh [Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit]
  27. Ayam baru belajar berkokok [baru cukup umur]
  28. Ayam berinduk, sirih berjunjung [Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan]
  29. Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan [Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya]
  30. Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan lalang [Nasib yang malang]
  31. Ayam tak patuk, itik tak sudu [Seseorang yang hina dalam masyarakat]
  32. Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam [Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya]
  33. Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya]
  34. Bagaimana bunyi gendang, begitulaqh tarinya [Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu dilakukan]
  35. Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh [Berasa hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh]
  36. Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam [Melakukan sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya akan ditimpa kesusahan]
  37. Bahasa menunjukkan bangsa [Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa itu]
  38. Bakar air hendakkan abu [Membuat pekerjaan yang mustahil]
  39. Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? [Sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak dapat disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai]
  40. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam [Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan, dan pendapat yang tidak sama]
  41. Barang tergenggam jatuh terlepas [Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-tiba terlepas ke tangan orang lain]
  42. Baharu bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup [Belum banyak untungnya sudah berbelanja besar]
  43. Baharu dianjur, sudah tertarung [Baru hendak memulakan sesuatu sudah berhadapan dengan pelbagai masalah]
  44. Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaiamana diajar sekalipun tidak akan pandai]
  45. Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga [Lelaki yang belum cukup umur sudah mahu beristeri]
  46. Baung di bawah bangkar [Bunyi orang bersungut tetapi tidak jelas hujung pangkalnya]
  47. Belakang parang kalau diasah nescaya tajam [Bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya dia akan pandai juga]
  48. Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang [Orang yang arif dan rajin]
  49. Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]
  50. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [Belum ada keputusan]
  51. Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk [Kembali ke tempat asalnya]
  52. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian [Menempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan]
  53. Beranak tidak berbidan [Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiri]
  54. Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang benar]
  55. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul [Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya]
  56. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau mudah]
  57. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [Dua orang yang setaraf dan sepadan]
  58. Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat kerugian]
  59. Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik semula]
  60. Berlindung di sebalik telunjuk [Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah diketahui orang]
  61. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap [Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya, hanya akan mendatangkan kerugian]
  62. Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang]
  63. Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuji]
  64. Bertemu buku dengan ruas [Bertemu lawan yang sama-sama handal]
  65. Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang [Perselisihan faham antara dua saudara tentang sesuatu, orang lain juga yang beruntung]
  66. Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]
  67. Besar pasak daripada tiang, besar sandal daripada gelegar [Lebih besar belanja daripada pendapatan]
  68. Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula sekiranya orang yang menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan]
  69. Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi [Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak lagi ditakuti oleh orang bawahannya]
  70. Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut [Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung]
  71. Bukan tanah menjadi padi [Bukan tempatnya untuk berbuat baik]
  72. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat]
  73. Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan]
  74. Bunga disunting, perlu ditendang [Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya tetapi membenci mentuanya]
  75. Bunga raya kembang pagi [Muka yang merah padam kerana marah akan sesuatu]
  76. Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke mana-mana [Gadis yang cantik akan mashyur dan menjadi sebutan di mana-mana]
  77. Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami yang telah bercerai dengan isterinya, tidak mahu menjenguknya lagi]
  78. Burung hantu kesiangan [Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya]
  79. Burung terbang dipipiskan lada [Sesuatu yang dihajati belum tentu dapat tetapi rancangan untuk menggunakannya telah dibuat]
  80. Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi]
  81. Cacing menelan naga [Orang lelaki daripada keturunan orang kebanyakan dapat berkahwin dengan anak gadis orang bangsawan]
  82. Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar [Orang yang cakapnya sahaja besar, hasil pekerjaan tiada]
  83. Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang kecil diperbesar]
  84. Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang [Dipakai untuk sementara belum ada yang lebih baik]
  85. Cari umbut kena buku [Mencari yang baik, mendapat yang buruk]
  86. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]
  87. Cencaru makan petang [Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yan baik dan lumayan]
  88. Condong ditumpil, lemah dianduh [Memberi pertolongan (kewangan, fikiran, dan sebagainya) kepada orang yang dalam kesusahan]
  89. Condong yangv akan menongkat, rebah yang akan menegakkan [Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]
  90. Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri [Meneruskan sesuatu pekerjaan yang kurang berharga, mungkin akan mendatangkan hasil kelak]
  91. Dada manusia tidak dapat diselami [Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita ketahui]
  92. Dalam kilat ada kilau [Dalam percakapan yang terang atau biasa, ada sesuatu maksud yang tersembunyi]
  93. Daun mengenalkan pohonnya [Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengenali peribadinya]
  94. Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata [Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidk senonoh]
  95. Datang seperti rebut, pergi seperti semut [Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat pulih]
  96. Datang tak berjemput, pulang tak berhantar [Tetamu yang tidak penting]
  97. Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga [Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak orang lain]
  98. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk [Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya]
  99. Dengar cakap enggang, makan buah brluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk [Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya]
  100. Deras datang dalam kena [Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kerugian]
  101. Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat [Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaj]
  102. Diam penggali berkarat [Ilmu yang disimpan sahaja, lama-kelamaan akan hilang]
  103. Dianjak layu, dianggur mati [Keputusan yang tidak dapat diubah lagi]
  104. Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus [Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras hati atau berkuasa]
  105. Dibalik-balik bagai memanggang [Difikirkan semasak-masaknya]
  106. Dihujani kering, dijemur basah [Membuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain]
  107. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai]
  108. Di mana anjing menyalak di situlah biawak memanjat [Jika hendak menyiasat sesuatu kejadian jahat, carilah puncanya di tempat kejadian itu]
  109. Di mana kayu bengkok, di situlah musang meniti [Tempat yang tidak dijaga dengan baik akan didatangi pencuri]
  110. Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala [Sudah menjadi adat, anak bergantung pada ayah dan yang miskin bergantung kepada yang kaya]
  111. Di mana tumbuh, di situ disiang [Jika terjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga]
  112. Ditelan mati emak, diluah mati bapak [Dalam keadaan serba salah]
  113. Dua badan senyawa [Dua orang yang berteguh janji taat setia sehidup semati; sangat karib]
  114. Dua kali dua empat[Dua orang yang sama sifat atau perangai]
  115. Duduk berkisar, tegak berpaling [Memungkiri apa-apa yang telah dikatakan dahulu]
  116. Duduk dengan cupak dan gantang [Mendapat ketua yang adil]
  117. Dulu besi sekarang timah [Seorang yang telah turun pangkat]
  118. Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat [Sesuatu yang hendak dilakukan, elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat]
  119. Emas berpeti, kerbau berkandang [Harta benda harus disimpan di tempat yang betul supaya selamat]
  120. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang [Nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali]
  121. Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing[Orangyang mementingkan diri sendiri]
  122. Enau sebatang dua sigainya [Jika sesuatu pekerjaan mempunyai dua orang ketua, tentu hasilnya tidak menjadi/ Seorang isteri yang menduakan suami]
  123. Enggang lalu ranting patah [Orang yang pernah terlibat dalam jenayah, kebetulan berada di tempat berlakunya jenayah, tentulah dia disyaki walaupun dia tidak melakukannya]
  124. Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama [Hubungan, ikatan, ataujodoh yang sama taraf kedudukannya]
  125. Gagak bersuara murai [Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya]
  126. Gajah berak besar kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan[Seseorang yang berbelanja seperti orang kaya, akhirnya menderita]
  127. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama [Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah meninggal dunia]
  128. Gajah mati, tulang setimbun [Apabila seseorang jutawan mati, tentu sekali banyak meninggalkan harta]
  129. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah [Dua pihak yang berkuasa bergaduh, rakyat yang menderita]
  130. Gantung tak bertali, salai tak berapi [Seseorang suami yang meninggalkan isteri tanpa memberinafkah atau menceraikannya]
  131. Garam dikulum tidak hancur [Orang yang pandai menyimpan rahsia]
  132. Garam jatuh di air [Nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi]
  133. Gayung tua, gayung memutus [Kata-kata orang tua biasanya benar dan tepat]
  134. Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan [Sesudah kaya atau berpangkat, tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarga sendiri]
  135. Geruh tak berbunyi, malang tak berbau [Kemalangan terjadi tanpa diketahui]
  136. Getikkan puru di bibir [Susah hendak membenci anak isteri sendiri walaupun perangai mereka buruk]
  137. Gigi dengan lidah adakala tergigit juga [Suami isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih faham juga]
  138. Gigi tanggal, rawan murah [Keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan lagi]
  139. Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali [Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak ditambah]
  140. Hanya air dingin yang dapat memadamkan api [Kata-kata yang lemah lembut dapat menyejukkan hati yang marah]
  141. Hapus panas setahun oleh hujan sehari [Jasa atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit]
  142. Harapkan pagar, pagar makan padi [Orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu, mengkhianati kepercayaan itu]
  143. Hari guruh takkan hujan [Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul orang lain]
  144. Harimau mengaum tak makan orang [Orang yang marah-marah sambil bersungut, tidak berniat membenci atau menganiaya orang lain]
  145. Harimau menunjukkan belangnya [Orang yang menunjukkan kekuasaan atau keberaniannya]
  146. Harimau menyembunyikan kukunya [Orang yang berilmu tidak mahu menunjukkan kebolehannya]
  147. Hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai [Tidak berdaya mencapai apa-apa yang dihajati atau dicita-citakan]
  148. Hati bak serangkak dibungkus [Sangat berharap akan mendapat sesuatu yang diingini]
  149. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah [Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat sedikit]
  150. Hendak harum terlalu hangit [Kerana terlalu hendak meninggikan diri, akhirnya, mendapat malu]
  151. Hendak dapat pisang terkupas [Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha]
  152. Hendak seribu daya, hendak seribu dalih [Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan]
  153. Hendak terbang tiada bersayap, hendak hinggap tiada berkaki [Seseorang yang tidak berupaya membuat sesuatu]
  154. Hilang bahasa lenyap bangsa [Jika sesuatu bahasa itu tidak digunakan lagi bererti bangsanya pun sudah tidak ada/ Hilang budi bahasa, hilang darjat diri]
  155. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong [Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada orang lain sedangkan orang berkenaan langsung tidak memberikan perhatian terhadapnya]
  156. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah [Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan]
  157. Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang [Barang yang buruk tetapi berguna akan disimpan manakala barang yang cantik tetapi tidak berguna dibuang]
  158. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [Walau baaimana mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri]
  159. Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung [Orang yang selalu memberikan pertolongan kepada orang lain yang mendapat kesusahan]
  160. Hujung lurus pangkal berkait [Orang yang pada zahirnya baik tetapi hatinya tidak]
  161. Hutang darah dibayar darah, hutang nyawa, nyawa padahnya [Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan kesalahannya]
  162. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka duka [Membuat sesuatu yang didorong oleh hawa nafsu akhirnya mendatangkan kesusahan]
  163. Indah khabar daripada rupa [Keadaan sesuatu yang tidak sama seperti yang digambarkan]
  164. Ini hari orang, esok hari kita [Malang sukar ditentukan, oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat]
  165. Intan disangka batu kelikir [Tidak mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya]
  166. Intan itu jika terbenam di perlimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya [Kebenaran akan terserlah juga walaupun disembunyikan]
  167. Jauhari juga yang mengenal manikam [Orang yang bijaksana juga yang mengetahui kelebihan sesuatu ilmu]
  168. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa [Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah pengalamannya]
  169. Jauh panggang dari api [Jauh daripada yang dimaksudkan atau mustahil boleh berlaku]
  170. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya [Hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati]
  171. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang [Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang berkata-kata tentang hal itu]
  172. Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya [Orang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul dengan orang kebanyakan]
  173. Jiwa bergantung di hujung rambut [Dalam keadaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya]
  174. Jual sutera beli mastuli [Mendapat ganti yang lebih berharga lagi]
  175. Kail sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut [Melakukan sesuatu tanpa membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan]
  176. Kain basah kering di pinggang [Keadaan orang yang terlalu miskin]
  177. Kais pagi makan pagi, kais petang [Pendapatan yang diperoleh cukup untuk sehari sahaja]
  178. Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau [Orang yang berketurunan baik, ke mana-mana sahaja dia pergi akan tetap menjadi baik]
  179. Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi [Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripada satu pihak sahaja]
  180. Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar [Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan sebagai milik sendiri]
  181. Kalau dicampak bunga takkan dibalas dengan tahi [Budi baik seseorang tidak akan dibalas dengan kejahatan]
  182. Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang [Orang yang pandai membawa diri, hidupnya akan selamat]
  183. Kalau secupak takkan jadi segantang [Sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi]
  184. Karam berdua basah seorang [Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum]
  185. Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan[Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi]
  1. Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan [Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri tetapi urusan orang ramai perlu dirundingkan bersama-sama]
  2. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan]
  3. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa [Pengetahuan seseorang itu bukanlah diukur berdasarkan rupa/ umurnya]
  4. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan [Menyatakan rasa terima kasih dan berbesar hati kerana nasihat atau pertolongan orang lain]
  5. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? [Sifat seseorang ibu atau bapa sedikit banyak akan turun kepada anaknya]
  6. Kena parang bermata dua [Sangat menyakitkan hati (perasaan)]
  7. Kepala sama hitam, hati lain-lain [Lain orang, lain fikirannya]
  8. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya [Segala janji yang telah dilafazkan mestilah ditepati]
  9. Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal [Sukar menjaga seorang gadis supaya nama baiknya tidak tercemar]
  10. Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia [Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata]
  11. Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan [Kerja yang selalu ditangguh-tangguhkan tidak akan dapat diselesaikan]
  12. Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek [Kerja yang disuruh oleh ketua diutamakan daripada kerja sendiri]
  13. Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur[Orang yang miskin serta tidak berilmu tiada gunanya di kalangan orang banyak, tetapi kalau baik kelakuannya, ada juga faedahnya]
  14. Ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu dengan betul sedangkan dia sendiri berbuat salah]
  15. Ke tengah boleh ke tepi pun boleh [Orang yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana dia berada]
  16. Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang [Orang yang bijaksana selalu mencapai sesuatu maksud lebih dahulu daripada orang lain]
  17. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi [Orang miskin yang bercakap besar dan berlagak seperti orang kaya]
  18. Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan [Kesalahan orang walaupun kecil nampak tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari]
  19. Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari [Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak]
  20. Lagi terang lagi bersuluh [Sudah memahami sesuatu perkara tetapi masih bertanya lagi]
  21. Lain bengkak lain bernanah [Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dpersalahkan]
  22. Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati [Manusia mempunyai sifat atau kehendak yang berbeza]
  23. Lain lubuk, lain ikannya [Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan]
  24. Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh [Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik]
  25. Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan [Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan/ Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau cabarannya]
  26. Lemak-lemak santan berlada [Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi mengandungi sindiran yang tajam]
  27. Lembah diraih, pantai dititi [Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah atau arahan]
  28. Lembu punya susu, sapi dapat nama [Orang lain yang membuat sesuatu pekerjaan, orang lain pula yang mendapat nama]
  29. Lembut gigi daripada lidah [Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendahkan diri kerana berhajatkan sesuatu]
  30. Lempar batu sembunyi tangan [Membuat sesuatu yang tidak baik kemudian brpura-pura tidak tahu]
  31. Lenggang-lenggok bagai cupak hanyut [Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik]
  32. Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang [Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya]
  33. Lepas bantal berganti tikar [Mengahwini saudara atau ahli keluarga isteri atau suami yang telah meninggal dunia]
  34. Luka sudah hilang, parut tinggal juga [Sungguh pun orang yang berselisih faham itu telah berdamai namun peristiwa itu tetap berbekas di hati masing-masing]
  35. Lulus jarum lulus kelindan [Kalau kehendak pertama itu tercapai kehendak lain akan tercapai juga]
  36. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih [Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan mencuba untuk mendapatkan dengan sedaya upayanya tetapi jika dia tidak mahu, pelbagai alasan akan diberikan]
  37. Makan hati berulam jantung [Perasaan sedih yang amat sangat]
  38. Makan keringat orang [Mengecap kesenangan dengan cara memeras orang lain]
  39. Makin murah makin menawar [Seseorang yang telah dituruti kehendaknya, berkehendakkan lebih lagi]
  40. Malu jika anak harimau menjadi anak kambing [Tidak patut anak orang baik-baik menjadi jahat]
  41. Malu bertanya sesat jalan [Kalau tidak mahu berusaha tentu tidak akan mendapat kejayaan]
  42. Manikam itu kalau jatuh ke limbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya [Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya]
  43. Mara jangan dicari, rezeki jangan ditolak [Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari tetapi jangan pula menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan]
  44. Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah [Disebabkan takut akan bahaya yang kecil, keuntungan yang besar dibuang akhirnya diri sendiri yang rugi]
  45. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikuti adat resam masyrakat di situ]
  46. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri [Nasihat dan pengajaran yang tidak diterima]
  47. Melentur aur/ buluh biarlah dari rebungnya [Mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi kerana apabila sudah besar, susah hendak mendidiknya]
  48. Meludah ke langit, timpa atas batang hidung sendiri [Memburukkan keluarga sendiri, diri sendiri juga yang malu]
  49. Membasuh arang yang terconteng di muka [Menghilangkan aib]
  50. Membeli kerbau di padang [Melakukan sesuatu tanpa usul periksa lebih dahulu]
  51. Memberakkan periuk nasi sendiri [Mengkhianati tempat kita menumpang atau tempat kita bekerja]
  52. Membesarkan kerak nasi [Berbelanja lebih dan membazir]
  53. Membujur lalu melintang patah [Sanggup menghadapi sebarang tentangan atau dugaan]
  54. Memulangkan paku buah keras [Membangkitkan perkara yang sudah lepas]
  55. Menabur benih di atas batu [Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi tentulah sia-sia]
  56. Menabur benih di tanah subur [Berbuat baik kepada orang yang tahu mengenang budi]
  57. Menahan lukah di pergentingan [Mencari keuntungan dalam keadaan kecemasan/ Mengambil kesempatan daripada orang yang susah]
  58. Menantikan kucing bertanduk [Mangharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku]
  59. Menantikan nasi disajikan ke lutut [Seseorang yang malas berusaha tetapi mengharapkan kesenangan datang kepadanya]
  60. Mencurahkan air di daun keladi [Memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu menerimanya]
  61. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan [Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang]
  62. Menetak dengan belakang parang [Menyuruh orang malas bekerja]
  63. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih [Menegur keburukan orang, sedangkan keburukan diri sendiri tidak disedari]
  64. Minyak takkan bercampur dengan air [Sesuatu yang tidak dapat disatukan]
  65. Muka ditampal kulit babi [Orang yang berasa amat malu]
  66. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya [Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersebar ke mana-mana sahaja]
  67. Murai berkicau hari siang [Sesuatu yang sudah terang dan nyata]
  68. Naga ditelan ular lidi [Anak orang bangsawan berkahwin dengan orag kebanyakan]
  69. Nak menangguk ikan, tertangguk batang [Mengharapkan untung tetapi mendapat kerugian]
  70. Nasi masak periuk pecah [Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta belas kasihan lagi]
  71. Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang [Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya diambil seorang]
  72. Nasi sudah menjadi bubur [Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat dibetulkan lagi]
  73. Nasi tak dingin, pinggan tak retak [Cermat melakukan sesuatu pekerjaan]
  74. Nasib penyapu, banyak jasa [Turun darjat terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri]
  75. Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan [Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada]
  76. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa [Jika orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik]
  77. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah [Orang lain yang membuat kesalahan, orang lain pula yang menerima akibatnya]
  78. Orang mandi berselam, kita mandi bertimba [Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan kecil]
  79. Orang mencubit, kita menampar [Cara membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya sama sahaja]
  80. Orang mengantuk disorongkan bantal [Mendapat sesuatu yang diinginkan tentulah berasa gembira]
  81. Padi setangkai bernas semuanya [Keluarga yang hidup beruntung dan berbahagia]
  82. Patah kemudi perahu hanyut [Apabila ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan kumpulan itu akan menjadi kucar-kacir]
  83. Patah tumbuh hilang berganti [Sesuatu yang hilang itu ada gantinya]
  84. Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang mendapat sesuatu dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh memberitahu orang lain tentang hal itu]
  85. Perahu papan bermuat intan [Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai]
  86. Pinang pulang ke tampuk [Sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya/ Suami isteri yang telah bercerai berbalik semula]
  87. Pipit hendak meminang enggang [Ingin membuat sesuatu di luar kemampuan diri]
  88. Pipit pekak makan berhujan [Sangat rajin]
  89. Pokok yang besar juga yang dinaiki sakat [Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya]
  90. Pucuk dicita, ulam mendatang [Mendapat sesuatu yang lebih baik daripada yang diharapkan]
  91. Pukul anak sindir menantu [Memarahi seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu ditujukan kepada orang lain]
  92. Punggur rebah belatuk menumpang mati [Jika orang yang menjadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya turut menerima akibatnya]
  93. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah [Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat]
  94. Rajin bekerja mudah belanja [Orang yang rajin sentiasa murah rezeki]
  95. Rantai besi dimakan bubuk [Cerita yang tidak logik]
  96. Rasa pedih cuping telinga [Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang menyakitkan hati]
  97. Rebung tidak jauh dari rumpun [Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa mereka]
  98. Rezeki helang takkan dapat dimakan oleh musang [Rezeki seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain]
  99. Ringan mulut berat punggung [Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja]
  100. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul [Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama]
  101. Ringan tulang berat perut [Rajin bekerja mudah belanja]
  102. Rosak anak oleh menantu [Orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan kepadanya]
  103. Rosak badan kerana mulut [Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa berfikir panjang yang boleh menyusahkan diri sendiri]
  104. Rosak bawang ditimpa jambak [Rosak nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri]
  105. Rosak tapai kerana ragi [Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati tidak akan sempurna]
  106. Rumah sudah pahat berbunyi [Mengemukakan pendapat setelah perkara itu dibuat keputusan]
  107. Rumah terbakar tikus habis keluar [Apabila berlaku sesuatu malapetaka di sesebuah negara, rakyat negara itu akan melarikan diri]
  108. Runcing taduk berbelang kening [Sudah terkenal jahatnya]
  109. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk [Sama-sama ikut bertanggungjawab]
  110. Sambil berdiang, nasi masak [Membuat dua kerja dalam satu masa]
  111. Sambil menyelam minum air [Membuat dua pekerjaan dalam satu masa]
  112. Sebesar-besar bumi ditampar tak kena [Perkara yang kelihatan mudah tetapi sukar untuk membuatnya]
  113. Sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah dimakan jua [Walau bagaimana jahatnya keluarga atau keluarga atau kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya]
  114. Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang [Pada masa ada mata pencarian tidak boleh hidup senang, inikan pula tanpa pekerjaan]
  115. Sekali air bah sekali pantai berubah [Lain ketua lainlah pula kemahuannya]
  116. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu [Sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datang]
  117. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga [Walau bagaimana pandai seseorang itu pasti akan melakukan kesilapan]
  118. Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga [Orang yang tidak mengendahkan kemajuan dan perubahan]
  119. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna [Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari]
  120. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan [Kalau tidak mencapai kata sepakat dalam perundingan, hendaklah berbalik kepada pokok persoalannya]
  121. Siapa makan nangka, maka kena getahnya [Siapa yang membuat kesalahan dia sendiri yang menanggung akibatnya]
  122. Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa bersalah apabila orang lain menyindirnya]
  123. Si bingung makanan si cerdik [Orang yang bodoh seringkali diperdayakan oleh orang yag cerdik]
  124. Si kudung mendapat cincin [Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu menggunakannya dengan baik]
  125. Si mandul baru beranak [Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka]
  126. Sirih naik junjungan patah [Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat kecelakaan]
  127. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi [Orang yang mendapat sesuatu yang lebih baik, yang lama ditinggalkannya]
  128. Sudah diludah, dijilat balik [Sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula]
  129. Sudah gaharu cendana pula [Bertanya akan sesuatu perkara yang memang sudah diketahui]
  130. Sudah jatuh ditimpa tangga [Mendapat kemalangan yang berturut-turut]
  131. Sudah menjadi abu arang [Dalam keadaan yang telah rosak binasa]
  132. Sudah patah yang bertaji [Orang yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi]
  133. Sudah terhantuk baru tengadah [Beringat-ingat hanya selepas ditimpa sesuatu muslihat]
  134. Sukakan kemenyan, dibakar [Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya]
  135. Tak dapat tanduk telinga dipulas [Sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat membalas dendam]
  136. Takkan buaya menolak bangkai [Orang yang berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai buruk itu]
  137. Takkan pisang berbuah dua kali [Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu]
  138. Takkan sama getah daun dengan getah batang [Kasih sayang terhadap anak sendiri tidak akan sama dengan anak saudara yang ada dalam jagaan kita]
  139. Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga [Tak tahan merantau akhirnya balik ke kampungnya semula]
  140. Tak tahu membalas guna [Tidak tahu membalas budi orang]
  141. Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket [Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri]
  142. Takut jatuh lain tertiarap, takut titik lalu tumpah [Takut rugi sedikit langsung rugi banyak]
  143. Tanam padi lalang yang tumbuh [Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan keuntungan, akhirnya tidak mendapat apa-apa pun]
  144. Tatang (Menatang) di anak lidah [Sangat mengasihi anak isteri]
  145. Tebas buluh serumpun [Merosakkan nama keluarga kerana perbuatan yang tidak baik]
  146. Tebu habis manis, sepah dibuang [Seorang isteri yang diceraikan setelah kecantikannya tidak menarik lagi]
  147. Telinga yang lembut itulah selalu dipulas orang [Orang yang lemah lembut dan murah hati kerap menjadi suruhan orang]
  148. Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya [Orang yang bijaksana dan berpengetahuan tinggi tidak akan menonjolkan diri]
  149. Tepuk dada tanya selera [Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis]
  150. Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina [Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud seseorang daripada gerak-gerinya]
  151. Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik [Berfikir baik-baik sebelum bercakap kerana kata-kata yang telah diucapkan tidak dapat ditarik balik]
  152. Terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau [Setelah terlepas daripada satu bahaya, mendapat bahaya yang lain pula]
  153. Tiada beban batu digalas [Mencampuri hal orang lain dan menyusahkan diri sendiri]
  154. Tiada gading yang tak retak [Walau bagaimana elok sekalipun sesuatu atau seseorang itu tentu ada cacatnya]
  155. Tiada rotan akar pun berguna [Kalau tidak ada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh digunakan juga]
  156. Tidak sama air hujan dengan air telaga [Tidak sama orang yang mulia dengan orang yang hina]
  157. Tidur tak lena, mandi tak basah [Bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu]
  158. Tinggal kain sehelai sepinggang [Kehabisan harta kerana ditimpa kecelakaan]
  159. Tong yag kosonglah yang selalu berkocak [Orang yang tidak berilmu selalu bercakap besar]
  160. Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi [Orang tua yang berperangai seperti orang muda]
  161. Tukang tidak membuang kayu [Orang yang cerdik selalu berhemat atau berhati-hati dalam segala perkara]
  162. Tunggang hlang berani mati [Tidak gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela agama, bangsa, dan negara]
  163. Tunggul terbakar di tengah huma [Rupa yang hitam]
  164. Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata [Untuk berjaya sangat susah, untuk gagal sangat mudah]
  165. Ukur baju di badan sendiri  [Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah berpadanan dengan kemampuan diri sendiri]
  166. Ular dipalu biarlah mati, pemalu  janganlah patah, tanah janganlah lembang [Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati]
  167. Ulat di dalam batu pun hidup juga [Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan]
  168. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam [Kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat keuntungan tetapi kalau sebaliknya, dia akan kerugian]
  169. Upah bidan pun tak terbayar [Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapa]
  170. Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa [Dengan memperhatikan perangai seseorang dapatlah kita menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yag baik atau daripada baka yang tidak baik]
  171. Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga [Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu kelihatan juga perangainya yang kurang baik]
  172. Wayang kepadaman damar [Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba]
  173. Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan [Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya]
  174. Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher [Orang yang menjadi penjamin kepada seseorang yang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut apabila orang yang berhutang itu melarikan diri]
  175. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang [Seseorang yang bertuah akan mendapat rezeki di mana-mana sahaja]
  176. Yang bongkok juga dimakan sarung [Orang yang bersalah tetap akan menerima hukuman]
  177. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam [Orang yang malas disuruh mengawasi orang yang malas, akhirnya sia-sia belaka]
  178. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran [Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lalu barang yang ada dibuang]
  179. Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat [Tidak pernah berasa puas dengan sesuatu perolehan]
  180. Yang tajam tumpul, yang bisa tawar [Dengan kata-kata yang lemah lembut dapat menyelesaikan segala sengketa]
  181. Zaman beralih, musim bertukar [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa]
  182. Zaman Tuk Nadur berkajang kain [Zaman yang telah lalu; sangat lama]