Berikut merupakan ayat bukti dan petikan daripada pelbagai sumber yang boleh digunakan untuk memantapkan lagi karangan murid. Kebanyakan pernyataan di bawah adalah yang terkini daripada tahun 2015, hasil usaha ahli Arista mengumpulkannya. Jazakallah ❤


 

Kejiranan

  • Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan.
  • kajian dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan penganjuran program “Rumah Terbuka Kebangsaan” dalam mewujudkan institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di sekitar Pulau Pinang.
  • Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri  pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri.
  • Program Kenali Jiran
  • Sebuah Program “Kenali Jiran Kita” telah dilancarkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
  • Program ini telah berjaya menghidupkan kembali amalan dan tradisi semangat kejiranan.
  • Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menyemarakkan kembali semangat perpaduan, setiakawan, serta gotong-royong.
  • Sementara itu, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman dalam satu temu bual bersama Bernama berkata program Kenali Jiran Kita cetusan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu adalah sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk mewujudkan suasana harmonis dan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk Malaysia.
  • Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak menekankan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.
  • menurut laporan majalah ‘The Times’ di Australia, kegiatan gotong-royong yang diamalkan di Malaysia merupakan antara aktiviti yang terbaik di dunia.
  • Pengerusi Jawatankuasa Ber­tindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias ber­kata, kesejahteraan melalui semangat kejiranan harus diperkuatkan dari semasa ke semasa.Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Inisiatif Kejiranan Hijau, Kebun Komuniti Peringkat Daerah Jelebu di Taman Sri Perdana, Simpang Pertang di sini hari ini.
  • Semangat kejiranan yang kukuh dapat membendung masalah sosial dan isu keselamatan dalam masyarakat, kata Senator Datuk Doris Sophia Brodie.“Sikap membezakan agama dan bangsa sebenarnya akan memusnahkan nilai-nilai kemasyarakatan kita dan merosakkan komuniti dan negara,” katanya pada Majlis Makan Malam anjuran Jawatankuasa Kejiranan Taman Tiara di Sri Aman malam Sabtu lepas.
  • Dalam surah an-Nisa ayat 36 Allah berfirman, Dan buatlah kebaikan untuk ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.

Demam denggi

  • KOTA KINABALU 16 April – Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 223 peratus bagi kes demam denggi sepanjang tempoh Januari sehingga 28 Mac lalu dengan 1,055 kes berbanding 326 kes yang direkodkan untuk tempoh sama tahun lalu.
  • Menteri kesihatan datuk seri Dr. S. Subramaniam berkata peningkatan kes demam denggi dalam negara pada tahun ini adalah paling teruk berbanding tahun-tahun sebelumnya (Utusan Malaysia 25 Februari)
  • Beliau berkata, antara usaha kementerian pada masa ini adalah melaksanakan teknik semburan baharu dalam kawalan nyamuk aedes iaitu ‘Outdoor Residual Spray (ORS)’ yang telah dilaksanakan sejak 11 Februari lalu.
  • hasil daripada Ops Gempur Tapak Binaan, pihaknya telah membuat pendakwaan di mahkamah melibatkan 52 daripada 56 tapak binaan, manakala sebanyak 44 lagi diarahkan tutup untuk kerja-kerja pembersihan.
  • Kementerian Kesihatan mengeluarkan jumlah kumulatif kes demam denggi di seluruh negara dari Januari hingga 12 September 2015 adalah sebanyak 85,488 jumlah kes berbanding dengan 70,337 jumlah kes bagi tempoh sama tahun lalu.
  • Sementara itu, bagi mangsa kematian yang berlaku akibat daripada demam denggi, jumlah kumulatif kematian sehingga 12 September 2015 adalah sebanyak 234, berbanding 133 bagi tempoh yang sama tahun yang lalu iaitu peningkatan sebanyak 75.9 peratus.
  • Satu akta telah pun diwujudkan dalam usaha mengawal dan mencegah penyakit demam denggi ini iaitu melalui Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154)
  • mulai September tahun ini orang ramai perlu mengasingkan sisa pepejal isi rumah masing-masing. Jika gagal berbuat demikian, pihak yang terbabit boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
  • Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, negeri Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar kes denggi di negara ini hingga mencatat peningkatan dua kali ganda jumlah kematian berbanding tahun lepas.Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis sumba­ngan Aidilfitri kepada 113 pesakit saraf di Hospital Kuala Lumpur (HKL)

Remaja

  • Cuba kita fikir sejenak,zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden Amerika Syarikat,Abraham Lincon yang punya hati budi membantu orang lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan.Malah,lakaran kemurnian zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kasayangan kita iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak  ,yang menyerlahkan kredibiliti dan karisma kepimpinan sehingga beliau dianggat sebagai menteri cabinet yang termuda dalam peneraju negara.
  • ”.Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mengkalsifikasikan remaja berminda kelas pertama merangkumi aspek pendidikan,pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang.
  • .Lihat sahaja  Nik Nur Madihah dan Azli Azali yang telah menempa kejayaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan cemerlangnya.Insan sebegini  ibarat emas berharga yang bakal menjadi aset terpenting negara dalam usaha mengejar wawasan 2020.”
  • Jika ingin menjulang api kemajuan,nyalakan ilmu sebelum berjuang” itulah kata-kata yang saya petik daripada Tun Dr.Mahathir Muhammad iaitu Bapa Permodenan Malaysia.
  • Rancangan RMK.9 memperuntukkan 20.6 peratus untuk meningkatkan kualiti modal insan. Matlamatnya adalah untuk melahirkan modal insan berkualiti dengan minda kelas pertama
  • FOMCA (Persatuan Pengguna Malaysia)  mendedahkan kajian yang dibuat pada 2005 yang  membabitkan penggunaan peralatan berskrin seperti televisyen, komputer dan telefon bimbit mendapati golongan muda menghabiskan 73 peratus masa lapang mereka dengan menonton.
  • Menurut Prof. Dr. Fatimah Yusoff, seandainya mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan kononnya lebih memahami perasaan mereka, dengan mudah mereka mengikut mereka ponteng sekolah dan melepak di pusat beli-belah dan sebagainya.
  • Mengambil contoh banjir yang berlaku pada Disember tahun lepas. Siapa sangka 1,300 orang iaitu hampir 90 peratus daripada sukarelawan yang dikumpulkan setiap hari selama 10 hari di Pangkalan Tentera Udara Subang adalah kalangan generasi muda
  • Terdapat 12.8 juta belia di negara ini dan mengikut statistik hanya sekitar lima peratus daripada jumlah itu yang bertindak agak nakal hingga ada yang melakukan perbuatan menyalahi undang undang

Semangat patriotik

  • KUALA LUMPUR 1 Sept. – Meskipun berjauhan daripada negara tercinta, pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara tetap bersemangat untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2015.. Golongan itu begitu bersemangat meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang, kain rentang tema ‘Sehati Sejiwa’ dan bunting #WeMalaysia. Antara mereka yang tidak ketinggalan meraikan sambutan itu adalah termasuk ratusan pelajar-pelajar Malaysia di Universiti Vanderbilt, Universiti Pennsylvania State dan Universiti Ohio State dari Amerika Syarikat (AS).
  • Persatuan Penduduk Taman Mantau Indah dekat sini menyambut perayaan itu dalam suasana kemerdekaan dan cintakan negara. Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Khairi Abd. Ghani berkata, program ini amat bermakna kerana menjadi salah satu objektif di Biro Tatanegara untuk memberi maklumat tepat kepada masyarakat.
  • Dalam istilah Arab, patriotisme disebut sebagai hubb al-watan dan Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa mencintai tanah air itu sebahagian daripada iman.
  • Kita boleh menjadikan semangat patriotik yang perkasa dalam jiwa merdeka para sahabat sebagai contoh. Misalnya dalam peristiwa Peperangan Mu’tah dengan tentera Muslimin yang bilangan mereka hanya seramai 3,000 orang, terpaksa menentang tentera bersekutu Rom dan kabilah-kabilah Arab kafir yang berjumlah lebih 200,000 orang bala tentera.
  • berasaskan kepada kajian indeks patriotisme yang pernah dijalankan Biro Tatanegara (BTN) beberapa tahun lalu yang membabitkan 1,200 responden dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta.Hasil kajian itu mendapati Indeks Patriotisme Negara dalam kalangan penuntut berada pada skor rendah iaitu pada purata 3.8. Ini menunjukkan rendahnya tahap patriotisme dalam kalangan anak muda kita.
  • Agensi-agensi lain seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Penerangan, Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Latihan Khidmat Negara harus bergabung tenaga melaksanakan aktiviti yang dapat memperkukuh semangat patriotisme rakyat melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
  • Antara kehebatan negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS) adalah disebabkan semangat patriotisme rakyatnya yang tinggi. Dalam Kaji Selidik Nilai Sedunia pada 1981-1982, 1990-1991 dan 1995-1996 didapati 96 hingga 98 peratus rakyat Amerika menyatakan mereka sangat berbangga dengan negara mereka.
  • Menurut Indeks Ketegangan Kaum, statistik pergaduhan melibatkan kaum yang dipantau juga menunjukkan penurunan yang mendadak iaitu dari 1500 kes pada tahun 2008 kepada hanya sebanyak 832 kes pada tahun 2011
  • Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional, Datuk Azman Amin Hassan
  •  Statistik yang sahih lagi tepat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kemanusiaan pada tahun 2008 jelas menunjukkan kepada kita bahawa semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur
  • Menurut kata Tun Abdullah b.Ahmad Badawi, sekolah atau alma mater merupakan kilang yang menghasilkan produk modal insan yang cemerlang dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

Teknologi maklumat/media sosial

  • Baru-baru ini di Batu Pahat seorang remaja dibunuh berhubung sindiran di Facebook. Mangsa Aw Soo Ming, 17 tahun meninggal dunia walaupun mangsa bukanlah orang yang memberi komen di Facebook tetapi kawannya
  • Namun kajian mendapati pengguna muda telefon bimbit yang kerap mempunyai ingatan yang kurang baik, tindak balas yang perlahan terhadap masa dan membuat banyak kesilapan. Kajian di kalangan 300 pelajar berumur 12 hingga 14 tahun dari 20 sekolah swasta dan negeri di Melbourne baru-baru ini menunjukkan kanak-kanak yang banyak menggunakan telefon bimbit kemungkinan mengorbankan ketepatan bagi mencapai kelajuan.
  • Menurut Syahbudin Abdullah penerbit di RTM, kecanggihan teknologi menjurangkan komunikasi antara kita dan itulah antara punca perpaduan tidak dapat dicapai
  • 62% penduduk Malaysia kini menggunakan Internet.Terdapat 13 juta pengguna Facebook di Malaysia. Ini bermakna 88% pengguna Internet di Malaysia menggunakan Facebook. Majoriti pengguna Facebook di Malaysia pula  adalah di kalangan umur 20 tahun hingga 40 tahun
  • Satu kajian terhadap golongan belia di Malaysia menunjukkan bahawa golongan belia menghabiskan masa mereka selama kira-kira 32.6 jam setiap hari melakukan aktiviti yang berkaitan media.
  • Dalam satu kajian terhadap isi rumah pengguna digital, pemilikan telefon pintar dijangkakan menghampiri dua kali ganda dalam tempoh 12 bulan akan datang, iaitu mencapai 89 peratus (meningkat daripada 48 peratus pada masa ini), kepada semua pengguna digital yang berumur 15 tahun dan ke atas.
  • Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, menunjukkan 43.7 peratus rakyat Malaysia tidak menjalani hidup secara aktif.
  • PENGGUNAAN telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah, menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen. (Sinar Harian)
  • Kajian menunjukkan pengguna Internet telefon pintar di Malaysia melakukan banyak aktiviti pembelian atas talian, seperti pembelian tiket penerbangan, tempahan hotel dan lain. Penggunaan telefon pintar di kalangan rakyat Malaysia antara yang tertinggi di dunia, menurut laporan kaji selidik Google hari ini, disamping peratusan tinggi penggunaan Internet di kalangan remaja.
  • Daripada jumlah tersebut, remaja berusia antara 16-24 tahun merupakan kumpulan tertinggi yang menggunakan Internet berbanding kumpulan umur yang lain. Hampir 73% remaja menggunakan Internet setiap hari.
  • Sebanyak 86% pengguna telefon pintar di Malaysia menempah tiket penerbangan secara atas talian, sementara itu 75% menempah hotel atas talian, 42% membeli pakaian, 37% untuk tempah tiket wayang, dan lain-lain.